PKR WADAH BARU EX-USNO

October 31, 2009
T.J. ALTENATIF BARU EX – USNO


Written by Admin
Saturday, 31 October 2009 07:24
Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH
Di Petik Laman Web : www.sabahkini.net/v1

BUKAN niat untuk mencampuri urusan dalaman PKR (Keadilan), sebagai rakyat biasa yang tidak berparti dan Mantan Ahli USNO Sabah, saya tertarik dengan perkembangan semasa PKR Sabah yang kehilangan identiti dan arah Perjuangan sejak akhir-akhir ini.
Sebelum saya pergi jauh untuk mengulas senario politik semasa PKR Sabah elok saya membawa perhatian rakan-rakan seperjuangan Sabah mengenai beberapa fakta yang mesti kita renung bersama.
Mengikut tulisan saudara Abbas Ahmad dalam Sabahkini.net, banyak ilmu yang kita perolehi bilamana beliau menulis secara detail dan panjang lebar mengenai Perjuangan USNO di Sabah yang membawa tajuk mencabar amat berani untuk membawa bangsanya
“ JOM….., TINGGALKAN UMNO “.
Enam (6) Gagasan dan Pertubuhan USNO yang didaftarkan antara 1994-2008 semuanya telah ditolak tanpa alasan, walaupun berkali-kali dijelaskan kepada Pemimpin UMNO tujuan penubuhannya adalah untuk membela nasib bekas Ahli USNO yang TERCICIR, TERPINGGIR dan TERKELUAR di kalangan rakyat Sabah dari Parti Melayu UMNO Sabah.
Ex-USNO telah isytiharkan keikhlasan dan sokongan kepada BN, ……
Namun bila BN berkuasa semula dan memerintah Sabah, ……
Mantan USNO terus dipinggirkan, terus disingkirkan dan ditolak mentah-mentah oleh segelintir Pemimpin UMNO,
Keikhlasan Ex-USNO dipandang secara sinis.
USNO yang ditunjangi oleh barisan kepimpinan Bumiputera Islam daripada kumpulan terutama Bajau dan Suluk bersama bumiputera Islam yang lain adalah amat dominan untuk menentukan kekuatan UMNO Di Sabah, tanpa sokongan dari ahli-ahli USNO mustahil UMNO dapat memerintah Negeri Sabah dan mendapat sokongan besar di negeri ini. Tanpa sokongan EX-USNO juga amat sukar untuk Pembangkang Sabah menumbangkan BN Sabah.
PKR SABAH.
Siapa sebenarnya sasaran Parti Keadilan Rakyat (PKR Sabah) untuk menumbangkan BN Di Sabah?
1. Kerusi Islam ?
2. Kerusi KDMR ?
3. Kerusi China ?
Elok kita kaji analisa perkara ini sebagai tatapan bersama bagi meninjau secara umum dan terperinci kedudukan dan masa depan PKR Sabah selepas melantik pemimpin barunya Ahmad Tamrin Jaini atau T.J dan selepas ditinggal oleh pemimpin kontroversi, Dr. Jeffrey Kitingan dan juga Christina Liew bersama beberapa penyokong masing- masing.
Setelah membuat kajian rambang dan diperincikan secara teliti semenjak pilihanraya 2004, 2008 dan saya yakin 2012 komposisi KUMPULAN PENGUNDI SABAH akan berulang disebabkan tidak mungkin persempadan kerusi baru dapat diubah sehingga tarikh itu walaupun kajian pelembagaan menghendakinya setiap 8 tahun kerana saya yakin pihak pembangkang tidak akan menyokong sebarang pindaan persempadan yang merugikan mereka yang memerlukan 2/3 sokongan DUN dan Parlimen.
Kita mesti ingat senario kelompok pengundi Sabah telah berubah semenjak kedatangan UMNO ke Sabah 1990, komposisi UNDIAN tidak lagi seperti di awal kemerdekaan atau di zaman pemerintahan USNO, Berjaya dan PBS di mana kedudukan Bumiputera Islam, Bukan Islam dan Cina adalah seimbang iaitu 20 Islam: 8 Cina: 20 KDM.
Hari ini komposisi UNDIAN telah berubah kepada keadaan yang sangat berbeza kerana Bumiputera Islam 41 kerusi : Cina 5 kerusi dan KDM 14 kerusi. Walaupun ada yang dipanggil ‘Marginal seat’ tetapi kerusi itu dikuasi oleh pengundi ISLAM.
Jesteru itu perlantikan T.J adalah satu komposisi untuk menawan dan menghadapi Pilihanraya Sabah pada 2012 yang memberi impak besar kepada kedudukan PKR Sabah.
Berikut adalah komposisi pengundi 60 DUN Sabah selepas kemasukan UMNO ke Sabah sehingga sekarang;
3 kelompok besar 36 Kerusi Majoriti yang ditentukan pola pengundi Sabah adalah:
Bumiputera Islam : B.S.B.S.B.S (Triple BS) yang
Terdiri dari Bajau Suluk Pantai Timur (18 Kerusi), Bajau Pantai Barat (7 kerusi), Brunei (4 Kerusi), Bisaya (2 kerusi), Sungai (2 kerusi), Mix API – Arab Pakistan India (3 Kerusi).
Bumiputera : (K.D.M.R) sebanyak 18 Kerusi
Kadazan (1 kerusi), Dusun(12 kerusi), Murut (3 Kerusi), Rungus (2 kerusi). 2 Kerusi KDM dikuasai oleh Pengundi Islam di pedalaman Sabah (Kundasang 85% & Ranau 50%)
Cina: Hakka, Hokien dan Shan Tung.
Daripada 5 Kerusi Cina, terdapat 2 kerusi Cina di dominan oleh Bumiputera Islam 50% Pengundi (Karamunsing & Tg.Papat Sandakan), sementara 1 Kerusi Cina (Seri Tanjung 40% pengundi Islam Tawau) ketiga-tiga kerusi Islam ini dikuasi oleh kumpulan Bajau Suluk Sabah di Pantai Timur.
Pada Kesimpulannya BAJAUSULUK menguasai 21 kerusi Islam di Sabah dan mendahului suku-suku lain di negeri ini yang kebetulan pula T.J datang daripada suku ini.
USNO satu ketika dulu pernah memerintah Sabah di bawah Pimpinan Suku Bajau Suluk, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ingin memperjuangkan Bumiputera semula gagal memperoleh hak itu melalui Pendaftaran di bawah Pimpinan anak Tun Mustapha, Datu Badaruddin di mana saya sendiri menjadi Setiausaha Agung sebagai tenaga pengerak menghidupkan semula Parti ini.
36 kerusi sasaran USNO di Sabah adalah secara mutlak sementara itu 2 kerusi di kawasan kadazan dan 3 kerusi di kawasan Cina yang menjadikannya 41 kerusi boleh disasarkan oleh EX-USNO bagi membantu sesiapa pun calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Sabah atau 70% Kerusi DUN Sabah diwakili oleh orang Islam sementara KDM dan China 30% kerusi Negeri Sabah.
Berbalik kita kepada isu PKR tadi, elok saya memetik pandangan dan kenyataan Daniel John Jambun (DJJ) dalam beberapa akhbar tempatan seperti Sabah Times, The Borneo Post dan Blog-blog seperti Malaysiakini, Sabahkini.net, Din Marican, Sabahdaily dan sebagainya yang dikeluarkan beberapa hari lalu.
“We will discuss Thamrin’s appointment at an emergency meeting on Tuesday in Kota Kinabalu. Everybody will also agree that he’s a poor performer.
Jambun indicated that only members of the party’s powerful KadazanDusunMurut Task Force (KDMTF), headed by him, would meet. He described the KDMTF as a pro-autonomy group within PKR that controls 18 of the party’s 25 Divisions in Sabah…..”
EX-USNO berpendapat tidak wajarlah saudara DJJ mengeluarkan kenyataan ini jika dia faham situasi dan senario politik Sabah serta kekuatan sebenar dan juga kedudukan nisbah rambang pengundi Sabah.
Kepada DJJ, sama ada sedar atau tidak, sebenarnya perlantikan T.J daripada jurai keturunan BajauSuluk sebagai Pengerusi Baru PKR Sabah telah mendapat perhatian besar dari bekas ahli-ahli USNO yang kehilangan tempat berpaut dan berjuang.
Hampir 30%-40% bekas ahli USNO yang berada di luar UMNO di setiap Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) dan 80% WARIS USNO yang tidak menyokong UMNO memberi perhatian kepada perkembangan terbaru PKR Sabah.
Kumpulan ini yang mampu menghadapi UMNO di semua kerusi Islam di Sabah atau 41 kerusi yang sedang retak dan goyang dan bersedia untuk menyertai perjuangan T.J dalam PKR jika mereka melihat PKR adalah alternatif sebenar bagi kehilangan USNO.
Kenapa saya katakan faktor USNO itu penting? Sebenar Ex-USNO telah menyiapkan Jenteranya sejak 2006 dan telah mengelilingi seluruh pelusuk Negeri Sabah untuk menubuhkan semula USNO Sabah yang mempunyai wakil di 25 Parlimen, 60 DUN Sabah dan hampir semua daerah mengundi khasnya di semua kawasan di Pantai Timur Sabah yang bersiap sedia untuk menggempur lawan melalui tenaga mudanya yang telah direkrut dari generasi muda penyokong USNO Sabah.
Bagi membuktikan persediaan EX-USNO untuk bertempur menghadapi seberang kemungkinan
sila lawat laman http://www.kelabusnosabah.blogspot.com/
USNO akan berjuang bersama T.J jika dilihat PKR bersedia berubah dari kepimpinan dahulunya.
T.J dan USNO.

Mengikut pengalaman kami semasa dalam USNO dulu T.J adalah seorang ‘Low Profile’, tidak bercita-cita tinggi, bersifat sederhana dalam pergaulan, seorang pengikut yang baik dan penyabar, tahan lasak dalam perjuangan serta mempunyai keikhlasan berjuang juga bersahabat kerana mempunyai semangat setiakawan yang tinggi; pada kesimpulannya beliau adalah seorang pemimpin yang ‘Versitile’ kerana mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi apabila berjuang bersama beliau dan itulah ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh majoriti EX-USNO.

Bukankah perlantikan T.J ini akan menguntungkan PKR Sabah untuk menarik perhatian EX-USNO dan memberi sinar baru bagi EX-USNO meneruskan perjuangan bersama PKR Sabah.
‘KDMTF’ kurang memberi kesan dan menidakkan sokongan Rakyat Sabah terhadap PKR, seperti yang saya nyatakan di atas ‘KEHILANGAN’ 20% atau 18 kerusi Dun Sasaran tanpa sokongan KDM sebenarnya telah memberi peluang kepada PKR untuk mendapat sokongan dari 70 % atau 41kerusi dari ‘TRIPLE BS’. Inilah hakikat dan fakta yang perlu dilihat dan dikaji.
Terdapat satu lagi petikan mendakwa T.J ini ‘Non-Performance’. Jika kita imbas kembali sejarah USNO, pada kebiasaanya USNO melantik pemimpinnya berdasarkan kelayakan semua sudut termasuk Ikhlas, jujur, tahanlasak, tahan tukul, redha, berani, bersedia dari semua sudut dan kemungkinan serta beberapa syarat lain mengikut kriteria Pimpinan USNO.
DJJ mungkin tidak sedar bahawa T.J adalah mantan Naib Presiden USNO Sabah di zaman Tun Mustapha dulu, dia tidak akan mencapai kedudukan itu dalam USNO jika dia ‘None-Performance’, tetapi mungkin DJJ melihat dari sudut yang lain.
Pada pendapat saya, KDMTF (Kadazan Dusun Murut Task Force) yang dipimpin oleh DJJ tidak boleh berbangga sangat sehinggakan menggunakan perkataan ‘Powerful’ dan menyinggung sensitivi Bumiputera lain yang sebenarnya lebih ‘SuperPower’ jika diizinkan akan menyokong saudara T.J bersama PKR menghadapi pilihanraya akan datang.
Ada desas-desus mengatakan secara senyap-senyap 24 jam selepas T.J diumumkan sebagai Pengerusi baru PKR Sabah, beliau telah berkerja dan menemui beberapa rakan lama dalam USNO, Pemimpin-Pemimpin USNO yang berada di luar kerajaan dan yang berkecuali dengan tujuan untuk menarik mereka berjuang bersama semula dalam PKR , bukan ke ini satu ‘Perfomance’?
Lihat sahaja situasi dan senario komposisi pengundi, bukankah perlantikan itu akan mengukuhkan PKR Sabah menghadapi pilihanraya akan datang kerana T.J mewakili kumpulan komposisi pengundi terbesar di Sabah iaitu BajauSuluk dan USNO yang tidak dimiliki oleh 4 pemimpin PKR Sabah sebelum ini dan 3 Pemimpin PKR Nasional.
Pengerusi-Pengerusi PKR Sabah sebelum ini seperti Abdul Rahman Osman, Saidatul Badru Said Keruak, Haji Awang Tengah, Ansari Abdullah dan Azmin Ali tidak memiliki kekuatan kumpulan SASARAN seperti mana di miliki oleh T.J. Saya tidak bermaksud memuji T.J, tetapi itulah hakikat dan faktanya yang kita mesti lihat bersama.
KEPIMPINAN DR. JEFFRY KITINGAN
Saya bersetuju dengan Dr.Jefry Kitingan yang berjuang untuk Rakyat Sabah, yang menyuarakan soal 20 Perkara, yang menyuarakan hak status Sabah untuk melantik pemimpinnya. Dr.Jeffry memang layak untuk jadi pemimpin besar apabila sampai masanya, tapi pada pendapat saya, Barisan PKR perlu ‘berstrategi’ di Sabah bagi menarik pengundi Islam dan suku kaum bumiputera yang terbesar di negeri Sabah berdasarkan kedudukan Dun Sabah hari ini.
Kita lupakan dulu soal komposisi kaum berdasarkan kedudukan bilangan jumlah undi kerana kita harus melihat soal komposisi kaum berdasarkan bilangan jumlah kerusi untuk menghadapi pilihanraya akan datang, di mana komposisi kerusi DUN Sabah didahului oleh kaum BAJAUSULUK (21 Kerusi) dan BAJAU (Bajau Pantai Barat 7 Kerusi ) berbanding kaum-kaum lain.
Anwar Ibrahim mungkin berpandangan jauh soal Kepimpinan PKR Sabah bila menoleh ke belakang prestasi PKR sebelum ini apabila pimpinan PKR Sabah tidak memperolehi kerusi di Negeri Sabah atau lebih senang kalau kita panggil prestasi PKR Sabah sebelum ini 2004 dan 2008 adalah ‘Telur’ dalam bahasa suluk ‘TULLUL’ atau ‘IGLUG’ dan adakah kita mahu rekod ‘TULLUL’ ini berulang semula?.
Perlantikan T.J, mungkin pada pendapat Anwar adalah menseimbangkan semua sudut dan sokongan rakyat Sabah yang diwakili oleh 3 suku kaum besar di negeri ini.
Perlu DJJ ingat, tanpa Anwar ‘PKR’ tidak akan ke mana, begitu jugalah tanpa Pairin dalam PBS, “PBS is Nothing“. Jadi keputusan Anwar melantik T.J adalah keputusan pemimpin ‘de-facto’.
Dr.Jeffrey dilantik Naib Presiden PKR Nasional dan disebut-sebut bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan membentuk Kerajaan, ada kah ini masih tidak memuaskan hati KDMTF? Christina Liew dilantik AMT PKR Nasional walaupun dalam pakatan sudah ada DAP, bukankah ini satu penghormatan kepada China dari masyarakat Sabah? Apa pula pandangan DJJ kepada Bumiputera Islam dalam PKR Sabah seperti T.J?
Adakah DJJ berfikiran Ansari sudah jadi AJK Nasional?, namun Ansari tidak mampu untuk menarik Bumiputera Islam Sabah yang berada di Pantai Timur, lebih-lebih lagi identitinya lebih dikenali sebagai identiti kumpulan API (Arab Pakistan India) yang hanya dominan di kawasan 2 atau 3 kerusi Islam sahaja.
T. J yang telah dilantik oleh Anwar dianggap sebagai Proksi oleh DJJ dan disokong oleh Christina ‘Proxy KL’, apa pula yang kita perlu panggil kepada Pemimpin PKR Sabah yang telah dilantik oleh KL sejak bertahun-tahun dahulu?. Mungkinkah pula boleh kita panggil orang seperti ini ‘Poke Kerusi’ atau kejar kedudukan?
Apa beza PROKSI dan POKE KERUSI?
Apa pun ini adalah sekadar pandangan Ikhlas saya sebagai rakyat Sabah yang melihat perkembangan dari luar PKR, tiada niat untuk campur tangan atau mengganggu urusan dalaman PKR dan memperkecilkan kaum-kaum lain di Sabah.
Secara peribadi saya menghormati keputusan Dr.Jeffrey berundur daripada jawatannya sebagai Naib Presiden PKR bersama Christina, tetapi berilah peluang kepada T.J memimpin PKR Sabah dan mempaemerkan ‘Performance’ nya, sebagaimana T.J sebelum ini memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin PKR Sabah.
Kepada Haji Awang Tengah, Ansari dan khasnya kepada rakan seperjuangan saya dalam ABIM (Angkatan Belia Islam) dulu di Sabah 1980/1981, Mantan Pengerusi PKR Sabah pertama Abdul Rahman Osman, sokonglah T.J dan berilah dia peluang seperti mana anda disokong sebelum ini oleh ahli-ahli PKR Sabah dan juga T.J.
Anggaplah pergolakan PKR itu umpama air yang berkocak di dalam cawan, jangan sampai menghancurkan peluang PKR untuk membelah dan merubah Kerajaan yang ada. Jadilah contoh kepada rakyat supaya anda diyakini boleh membawa perubahan bagi negeri yang kita semua cintai ini.
Kehilangan Dr Jeffrey dari Barisan kepimpinan PKR Sabah memang dilihat sebagai satu kehilangan amat besar kepada PKR Sabah, namun perlantikan T.J adalah satu petanda bahawa PKR bergerak secara pragmatik untuk memenangi pilihanraya umum akan datang di Sabah.
Ex-USNO akan terus melihat perkembangan dan perjuangan PKR (Perfomance) kerana sesungguhnya kita telah hampir kepada kumpulan yang mampu menumbangkan Kerajaan BN Sabah iaitu EX-USNO untuk berjuang bersama PKR.
Perlantikan T.J selaku Mantan Naib Presiden USNO sebagai Pengerusi PKR Sabah yang baru dan John Ghani yang juga mantan Naib Presiden USNO sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang baru dan beberapa pemimpin kanan PKR yang berasal dari USNO seperti Datuk Nahalan Hj. Damsal (Sandakan), Johani Abdul Halim (Silam), Wahab Datuk Abdullah (Semporna) dan lain-lain sudah memperlihatkan bahawa ada ruang bagi bekas USNO untuk berjuang bersama terbuka luas.
Jika 19 tahun dahulu USNO bersedia membawa UMNO ke Sabah, adalah tidak salah USNO menerima PKR dan Pakatan di Sabah untuk sama-sama berjuang seiring sejalan, walaupun didakwa bahawa Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pernah tidak sependapat dengan beberapa pemimpin USNO 17 tahun dahulu, Tapi dalam dunia politik tiada musuh sebenar-benar musuh dan tiada kawan sebenar-benar kawan.
Justeru itu bermusuh seketika dulu dan berkawan ketika ini boleh diterima pakai dalam dunia politik secara sihat.
Mungkin langkah pertama tulisan ini adalah petanda bahawa USNO sudah boleh menerima Anwar dan Anwar sudah tunjukkan keikhlasan menerima pemimpin USNO pada hari ini bersama PKR, teruskanlah senario ini bersiaplah untuk menerima kepimpinan orang lain. Inshaallah impian kita akan menjadi kenyataan.
Kepada Barisan pemimpin PKR Pusat dan Ketua Umum PKR, bagi merialisasikan matlamat ini, PKR mungkin boleh mengubah dasarnya dalam kes Sabah, Hak dan Autonomi rakyat Sabah harus diambil kira oleh PKR pusat supaya ia ada kelainan daripada UMNO Sabah.
Saya yakin jika saranan ini akan menjadi realiti, Kerajaan Pakatan akan dibentuk di Negeri Sabah pada pilihanraya ke 13 sebelum pertarungan bermula.
Rakyat Sabah harus bersatu untuk memperjuangkan hak autonominya memilih pemimpinnya sendiri, pada masa yang sama harus juga melihat kumpulan majoriti untuk mengetuai pimpinan PKR Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Advertisements

Hello world!

October 25, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

October 15, 2009
AYUH… TNGGALKAN UMNO SABAH……
PAKATAN PEJUANG SABAH DAN U.S.N.O
( PBS-U.S.N.O )


OLEH : ABBAS BIN AHMAD
Ahli Blogger Sabah ( PBS )

“ Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari “

Saya ingin menarik perhatian saudara saudara terhadap Nasib malang yang menimpa BEKAS AHLI AHLI USNO SABAH , Berbagai cara dan bentuk gerak kerja telah dilalukan oleh Rakyat Sabah khasnya mantan Pemimpin Pemimpin USNO bagi mengembalikan Perjuangan Parti Kemerdekaan Sabah, Parti USNO atau UNITED SABAH NASIONAL ORGANISITION kembali ke Sabah. Namun permintaan ini terus ditolak oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia ( R.O.S ) tanpa memberi alasan.

Sejarah Penubuhan USNO semula telah diusahakan oleh banyak pihak di Sabah, Namum dipandang sepi dan diperlekehkan oleh pihak tertentu, Bahkan setiap kali ahli USNO dan Generasi Pimpinan muda pelapis USNO berjuang untuk mendaftarnya, dolak- dalik, seribu alasan dibuat oleh pihak ROS bagi melambatkan Pendaftaranya dengan tujuan untuk menghalang dan menolaknya.

Persoalannya apakah Rakyat Sabah tidak berhak untuk menubuhkan Parti dan perjuangannya sendiri, Perlukah mereka terus untuk mematuhi kehendak pihak yang berkuasa dalam Kerajaan bagi melupakan saja Perjuangan Parti Kemerdekaan ini seolah-olah dipaksa untuk duduk diam dalam rumah sendiri tanpa berbuat sesuatu.

Beberapa kumpulan Pejuang Bangsa Sabah-USNO ( P.B.S-USNO ) telah cuba untuk menghidupkan semula semangat juang USNO ( Parti Kemerdekaan ) Bagi negeri Sabah ini supaya dapat dibenarkan semula dalam arena politik Negara namun semua usaha ini terus gagal atau pendek kata digagalkan oleh orang yang pernah diberikan jasa olehnya.

Semua kegagalan ini adalah berpunca daripada alasan dan teori bahawa USNO boleh memecahkan UMNO di Sabah serta ditakuti akan menjejaskan agenda UMNO dinegeri Sabah untuk terus berkuasa tanpa saingan dari parti Bumiputera lain.

USNO mesti dimatikan, USNO mesti dikuburkan supaya tidak boleh menuntut Haknya dalam konsep “ Sharing Power “ dalam kerajaan Barisan Nasional di Sabah, supaya tidak dapat menyuarakan Haknya dalam PERJANJIAN MALAYSIA 20 POINT.

Dengan mematikan dan menguburkan USNO , UMNO boleh mengawal kerajaan Sabah secara mutlak dari pusat hingga keakar umbi rakyat Sabah , tanpa parti parti Kompenan Sabah yang lain seperti PBS,UPKO,PBRS dan LDP kerusi kompenan ini mesti dipastikan tidak mencapai 50% suara atau ½ jumlah ADUN didalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beberapa Pertubuhan Politik dan N.G.O yang melambangkan semangat dan ada kaitan dengan U.S.N.O ( United National Sabah Organisition ) terus menerus gagal untuk mendapatkan KELULUSAN melalui pendaftar Pertubuhan.

SENARAI PERCUBAAN PARTI POLITIK DAN N.G.O USNO DIDAFTARKAN :-

1. U.S.N.O Plus – 1994
Gabungan USNO dan Kerajaan PBS – Pimpinan Datuk Askalani Abdul Rahim mula menghidupkan Semangat USNO. – 1994. ( Semporna ).

2. U..S.N.O BARU – Didaftarkan ke R.O.S 2002.
Gagasan Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh Penukarkan Nama Parti Bersekutu kepada U.S.N.O Dari (Semporna),Sabah.

3. USNO 2006 – Didaftarkan 2006
Pimpinan Saudara Perais Sherif Baba dari (Kota Belud), Sabah.

4. MANTAN AHLI USNO – Dibentuk 2007
Pimpinan Datu Abdul Salam Bin Datu Harun dari (Kudat) ,Sabah

5. PERTUBUHAN BEKAS AHLI USNO atau EX-USNO Didaftarkan 2008 Pimpinan DATU BADARUDDIN BIN TUN DATUK SIR HAJI MUSTAPHA
Dari ( Kota Kinabalu), Sabah.

6. KELAB USNO SABAH ( K.U.S ) – Didaftarkan 2008
Pimpinan En.Ridi Bin Alawangsa dan Tuan Haji Said Bin Hj. Senang.
Dari (Sandakan dan Tawau ), Sabah.

7. PARTI USNO BARU – 2008
Pimpinan HAJI MUSA MILIP DAN SAUDARA MAT BEE
Dari ( Inaman,Telipok dan Tuaran ),Sabah

Selain petubuhan pertubuhan yang didaftarkan diatas beberapa P.B.S-USNO seperti Pengeran Ibrahim Dewa Mantan Wakil Rakyat Papar, Haji Salleh Janan Mantan wakil Rakyat Sandakan, Johari Mohammad Dun mantan Wakil Rakyat Beufort juga telah berusaha untuk menghidup USNO semula melalui saluran Kerajaan dengan menemui Perdana Malaysia di Putrajaya pada 2007.

Usaha P.B.S-USNO untuk menghidupkan semula USNO amatlah memilukan bagi kita rakyat Sabah yang dipandang terlalu keji,terlalu hina, terlalu kecil dan kedil oleh pihak pihak tertentu.
Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa kewujudan USNO semula adalah tidak “ relevan ” lagi di Sabah, kerana wujudnya UMNO sebagai penganti USNO bagi memperjuangkan Rakyat Sabah.

Disini saya ingin menegaskan saya dan P.B.S-USNO ingin menegaskan bahawa yang tidak “relevan” itu adalah UMNO yang terus berada di Sabah, kerana UMNO adalah Parti Melayu, sementara itu Rakyat Sabah tidak semua berbangsa Melayu kecuali Orang Pendatang tanpa izin philippine , pendatang tanpa izin Indonesia dan pendatang tanpa izin Pakistan yang menjadi Melayu Plastik.

Melayu Melayu Plastik inilah yang terlalu ramai dalam UMNO, Mereka boleh menetukan kepimpinan UMNO Sabah, Mereka Menjadikan diri mereka sebagai bahan lelongan dan bahan tender kepada tuan tuan besar yang kaya raya yang telah bertindak sebagai badut badut orang orang atasan.

Saya yakin Bumiputera Sabah yang benar benar menjadi bangsa Sabah yang cintakan Sabah, yang inginkan kebebasan memilih pemimpin Sabah tidak ingin menbenarkan diri meraka menajdi badut badut UMNO Sabah.

Orang Bajau tetap Bajau, Orang Sungai Tetap Sungai, Orang Dusun tetap Dusun , Orang Kadazan tetap kadazan dan Suluk tetap suluk mereka tidak akan membenarkan diri mereka menjadi Melayu.

Apakah USNO didakwa tidak “relevan” disebabkan sudah banyak anak-anak Melayu Celup yang dilahirkan oleh UMNO di Sabah?, mereka dilahirkan melalui proses undang undang dengan cara songsang dan memberikan mereka kertas songsang untuk menjadi ahli UMNO Sabah yang Sah ?

Apakah kita terus menerima hakikat bahawa USNO itu Parti “Nostalgia” yang perlu dikenang sahaja dan disimpan dalam Muzium sekadar tetapan sejarah anak anak P.B.S-USNO Sabah?
Apakah kita harus akur dan menerima bahawa USNO sudah “Mati” umpama menusia yang telah mati dan tidak boleh bangkit semula dari kubur untuk berjuang semula terhadap rakyat Sabah?.

Apakah kita tidak lagi menghormati hasrat anak anak Sabah yang tulin ini untuk memperjuangkan Haknya dalam konsep “ Sharing Power “. Supaya dapat memperjuangan rakyat Bumiputera Sabah?

Kenapa harus disekat perjuangan murni dan ikhlas anak anak Sabah ini, adakah kerana mereka kurang berani seperti HINDRAF? yang telah memperolehi MAKKAL SAKTHI dan dirasmikan oleh Perdana Menteri sendiri sebagai Parti Baru?.

Perlukah kita P.B.S-USNO bersipat kurang ajar untuk mendapatkan USNO semula?
Perlu kah tindakan seperti HINDRAF dilakukan di Sabah?, atau Perlukah ke kita menemui Presiden Obama, Baginda Queen Elizebert untuk mendapat hak kita seperti mana perjuangan mesyarakat INDIA melalui Hindraf di semanajung Malaysia bagi memperjuangkan ideology mereka?

Rakyat Sabah yang cintakan Negara ini tidak pernah berbuat seperti ini untuk mendapatkan Haknya, mereka terus menggunakan saluran undang undang dan peraturan pentadbiran untuk mendapatkan hak hak ini dari pihak berkuasa, rupanya adat dan budaya rakyat Sabah yang saling bertolak ansur dan lemah lembut ini seolah olah ditafsirkan sebagai satu kelemahan bagi mereka.

Kelemahan inilah yang menyebabkan Bangsa Sabah terus tertindas dan tidak bebas menentukan pemimpinnya sendiri, Lebih menyedihkan lagi bila anak anak Sabah sering menerima sindiran bahawa mereka menjadi seperti ini adalah kerana kesilapan sendiri, Kesilapan Pemimpin Sabah Sendiri, pendirian rakyat Sabah sendiri, semua kelemahan ini dilontarkan kepada kita sendiri, pendek kata ini semua berlaku kerana KEBODOHAN kita sendiri.

Apakah benar bahawa kita ini BODOH, Apakah benar bahawa kita ini TOLOL, apakah benar bahawa kita tidak tahu BERFIKIR dan STATIK dalam menegakkan harapan bangsa kita sendiri supaya kita bebas memilih masa depan dan arah tujuh perjuangan kita sendiri dalam Negara yang memperjuangkan konsep demokrasi.

Jika USNO dianggap hendak bangkit dari Kubur untuk berjuang dan ingin membela nasib dan masa depan rakyat Sabah semula , Sebenarnya ingatlah UMNO juga pernah Mati ( Diharamkan oleh Mahkamah ) dan bangkit semula dari kubur serta lahir dengan wajah baru yang dipanggil UMNO ( Baru ) untuk berjuang semula bagi kepada Bangsa Melayu dan mendapat Haknya semula seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Apakah kebangkitan USNO semula terlalu buruk, busuk dan hina untuk lahir dan memperjuangkan semula Rakyat Sabah yang terus ketinggalan jauh kebelakang.

Jika USNO dianggap sebagai parti “Nostalgik” atau sejarah , Sebenarnya UPKO juga pernah menjadi parti Nostalgik dan Sejarah satu ketika dulu dan hari ini mendapat haknya dalam konsep “ Sharing Power “ untuk memerintah Negara ini bersama Barisan Nasional.

Jika USNO dianggap tidak “relevan” lagi dalam perjuangan Politik Sabah, apa pula relevannya UMNO dalam Politik Sabah, USNO yang dianggap tidak relevan ini ternyata masih memiliki ahli diseluruh Sabah sehingga hari ini.

Sila Rujuk Blog USNO : http://www.kelabusnosabah.blogspot.com yang telah merekrut ahlinya semula diseluruh pelusuk Sabah dan mendapat sembutan hangat dari kalangan rakyat Sabah dari ufuk timur hingga ke Barat, dari Utara hingga ke selatan dari Persisiran hingga ke Pedalaman , dari sungai hingga ke kepulauan EX-USNO mendapat Sembutan di Sabah, apakah yang dimaksudkan “ releven” itu oleh musuh musuh USNO. ( Jangan lupa untuk daftar Follower disana ).

Budaya baru segelintir pemimpin Sabah yang gila kuasa, gila harta, gila pangkat serta suka mencium-cium , menjilat-jilat , meminta minta , berlagak seperti badut badut demi “ survival “ serta bersipat pondan ini telah meletakan Negeri ini menjadi Negeri kedil, Negeri Miskin, Negeri papah , Negeri pincang, Negeri Bangkrap dan Negeri hina pada hari ini.

Ramai diantara pemimpin Sabah yang sedang berkuasa pada hari ini berlagak sombong, bermegah megah dengan kekayaan hasil dari sipat dan kerjaya meraka yang bersipat badut dan pondan ini terus memperlekehkan perjuangan dan niat suci anak anak Sabah yang ingin mengambalikan Parti USNO ke Negeri ini.

Mereka terus bersikap membantah,kontra, memperlekeh, membuli dan tidak menyenangi keujudan semula USNO Sabah kerana takut kehilangan peluang ,kekayaan , pangkat dan tarta benda jika berhadapan dengan Parti tulin memperjuangkan Hak rakyat Sabah.

Saya teringat sejarah Ketika UMNO diharamkan, Orang orang Melayu di Semananjung Malaysia telah bertungkus lumus menghidupkannya Semula UMNO , tiada satu pun bangsa, atau Parti politik serta badut badut lain yang mengatakan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi, bahawa UMNO tinggal sejarah, bahawa UMNO sudah mati dan tidak boleh bangkit dari kubur.

Bahkan orang orang Melayu di semanajung Malaysia telah berusaha dan bersusah payah untuk menghidupkan semula parti mereka bagi menyelamatkan bangsa Melayu disana, Mereka telah mengujudkan UMNO MALAYSIA yang di pimpin oleh Tengku Abdul Rahman, UMNO BARU yang di Pimpin oleh Dr.Mahathir Muhammad dan Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaliegth. Semua ini mereka lakukan demi Melayu.

Orang Melayu bersatu dan berani berkorban untuk memperjuangkan Parti Mereka walaupun telah diharamkan oleh Mahkamah, Orang Melayu menunjukan kepada kita bertapa pentingnya Parti Melayu dihidupkan semula demi survival Bangsa Melayu melalui perjuangan Politik UMNO.

Apakah bangsa Sabah, bumiputera Sabah tidak belajar dari peristewa ini, Semangat juang orang Melayu amat tinggi pada masa itu, mereka menggunakan kekuatan yang ada dan beriktihar sedaya upaya bagi memastika Parti Melayu Hidup semula, Parti Melayu Bangkit semula dan terus releven untuk memperjuangkan masa depan Anak bangsa Melayu.

Tiada seorang pun orang Melayu yang berkata keburukan UMNO, Kehinaan UMNO, Ketidak relevennya dan akhir UMNO berkuasa semula untuk membela Bangsa Melayu.
Bila rakyat Sabah mendaftarkan USNO dan meperjuangan USNO semula demi Bangsa Sabah , Demi survival Politik Bumiputera Sabah, Demi Mertabat dan Perjuangan anak anak generasi baru rakyat Negeri Sabah , adakah kita dianggap tidak relevan lagi?,

Adakah kita tidak berhak terhadapnya?, Adakah kita dilihat seperti kucing kurap atau dibiarkan seperti anjing menyalak bukit atau dalam bahasa tempatan suluk Sabah “ Kiangog sayan “.

Wal hal , USNO tidak pernah Diharamkan oleh mahkamah atau menghadapi tindakan Undang Undang berbandang UMNO, Pembubaran USNO adalah soal teknikal sehaja bukan soal perundangan yang menghendakinya menjadi demikian atau telah melanggar Undang undang Negara.

Andaikata pembubaran USNO dikatakan adalah kehendak ahli ahli USNO sendiri , adakah generasi yang seterusnya tidak berhak untuk menghidupkannya semula?

Adakah sesuatu kesilapan generasi terdahulu untuk membubarkan USNO tidak boleh diperbetulkan oleh generasi baru? Dan mereka anak anak mudah Sabah dipertanggungjawabkan menanggung beban ini.

Wal hal UMNO telah membetulkan kesilapan pemimpin terdahulu sehingga UMNO diharamkan dan seterusnya dibangkitkan semula dari KUBUR oleh orang Melayu.

Saya ingin mengingatkan rakan rakan yang bersifat pro dan kontra terhadap USNO, bahawa perjuangan Mantan USNO pada hari ini samalah juga dengan perjuangan pemimpin pemimpin Melayu dari UMNO untuk menyelamatkan UMNO seketika dulu.

Gegasan menghidupkan USNO semula tidak bererti bahawa rakyat Negeri ini berjuang kebelakang , bahkan barisan yang memperjuangkan USNO ingin melihat masa depan yang cerah dan generasi muda Sabah ramai yang berminat untuk menyertai.

Jika kita melawat blog blog anak anak Sabah seperti Sabah Forum , Sabahkini, SabahDaily dan lain lain , hampir 100% generasi mudah Sabah inginkan KUASA dan HAK Autonomi memilih pemimpin Sabah hendaklah diletak kepada rakyat Sabah sendiri tanpa kawalan.

Andai kata kita tidak yakin dengan barisan kepimpinan Penaja Penaja USNO dan Pejuang pejuang USNO ini, janganlah ia menjadi batu penghalang kepada anak anak Sabah untuk tidak mmenyokongnya, sokonglah mereka , yakinilah mereka bahawa bahawa perjuangan suci mereka adalah untuk anda, mereka tidak akan kekal disana,yang kekal adalah Wadah perjuangan mereka , yang dirintis bagi generasi Mudah Sabah, untuk anda dan bangsa anda.

Jesteru itu anak dan rakyat Sabah khasnya dan rakyat Malaysia am , kita tidak perlu khuatir soal ini kerana akhirnya mereka akan berundur juga seperti mana pemimpin UMNO , tetapi Pemimpin pemimpin UMNO Baru ini telah meninggalkan satu wadah perjuangan untuk orang orang Melayu.

Lihatlah UMNO , Contohilah UMNO dan Perjuangkanlah USNO.

Penaja USNO seperti Saudara Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha , Saudara Perais Sharif Baba , Saudara Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh , Saudara Ridi Alawangsa , Haji Musa Milip dan beberapa Mantan Yang berhormat USNO , Amt USNO serta Penaja Penaja di Peringkat Pelimen, Peringkat Dun dan Peringkat Daerah Daerah Mengundi seluruh Sabah sebenarnya mereka adalah pejuang pejuang Bangsa Sabah yang ingin melihat pejuangan pemimpin terdulu dapat diteruskan.

Mereka ingin meninggalkan kepada kita dan generasi kita satu wadah perjuangan bagi anak anak Sabah, bahawa perlunya rakyat Sabah,khasnya bumiputera memiliki semula parti kemerdekaan ini, KEMBALIKAN SEMULA USNO kepangkuan kita.

Seperti mana Tun Razak, Tun Hussien, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tun Sakaran , Tun Ghafar meniggalkan waris perjuangan UMNO kepada generasi mereka, dan Bangsa Melayu maka begitulah juga hasrat perjuang pejuang USNO ingin meninggalkan Waris Perjuangan ini kepada generasi dan Bumiputera Sabah akan datang di Negeri Sabah.

Atas dasar dan rasa tanggungjawab inilah kita perlu bersatu,bantu membantu demi masa depan anak cucuk kita di Negeri Sabah.

Siapakah yang dapat menjamin bahawa Adat dan Budaya serta tradisi rakyat Sabah dapat kekal dalam perjuangan UMNO?, Sedangkan UMNO mempunyai arah tujuh sendiri bagi memperjuangkan Bangsa Melayu , bagi mempertahankan Melayu seperti mana kata kata pemimpin Melayu :-

Laksamana Hang Tuah “ Tak kan Melayu Hilang di Dunia “

Dapat kah UMNO menjamin dan mempertahankan budaya Bangsa Sabah seperti peribahasa dan bahasa mereka akan dibawah keperhimpunan agung UMNO untuk diperjuangkan bagi generasi akan datang?

peribahasa Bajau

“ Bang Alam nia Bissalah aLungai Na Bangsa “,

“ mangan niah mangan asal kurung kurung “ ,

Dua peribahasa ini memperingatkan kita bahawa penting dan perlunya Bahasa dipelihara bagi mengekalkan kesinambungan Bangsa Sabah, Sementara Peribahasa kedua mengingatkan kita maksud Perpaduan , maksud kesatuan , walau apa pun terjadi susah senang kita mestilah bersama dan bersatu.

Jesteru itu saya ingin menyeruh kepada semua rakyat sabah yang berada di Negeri Sabah, di Semananjung ,di Serawak atau dimana mana pun mereka berada, lelaki dan perampuan , kecil ,muda dan tua , pendek, gemuk dan tegap tegap, hitam, putih dan kuning, islam,kristian dan pagan serta Pelauh, marilah kita bersatu tidak kira suku dan bangsa kita dibumi Sabah , tanpa memikirkan perbezaan agama serta cara hidup kita, yang penting kita adalah rakyat Sabah yang berada dalam Malaysia.

“ mangan niah mangan asal kurung kurung “ , marilah bersama.

Janganlah kita berpecah atau rela berpecah dalam soal kepentingan Sabah dalam Persekutuan Malaysia, USNO telah menyediakan kita satu Draf Perjanjian yang dipanggil “ 20 Point “ bersama parti parti lain semasa kemerdekaan dulu.

Janganlah kita terpengaruh oleh pemikiran kolonism, Meterialistik, kronism dan Nipotism yang diutarakan oleh rakan rakan sebangsa dengan kita yang telah bertukar buluh dan menjadi musang.

Sudah terlalu banyak rakyat Sabah bertukar buluh , bertukar Bahasa, Bertukar Budaya, Bertukar tempat lahir, bertukar suku dan bangsa sepeninggalan dan semasa ketiadaan USNO. Marilah Perjuangkan USNO untuk dihidupkan semula, Bersatulah kita untuk Parti Anak bangsa ini.

Biarkanlah mereka yang telah menukar budayanya, bahasanya, pemikiran dan adatnya itu berada diluar lingkungan Perjuangan rakyat Sabah bagi mengambalikan Parti kemerdekaan ini.
Andaikata pihak pendaftar pertubuhan masih berkeras untuk tidak meluluskan kita untuk menghidupkan semula Parti Kemerdekaan ini, saya menyeruh kepada semua tuan tuan dan puan puan supaya kita beramai ramai untuk memperjuangkanya bersama demi rakyat Negeri Sabah.

“ mangan niah mangan asal kurung kurung “ ,

Perlu juga saya ketengahkan disini kisah pembubaran USNO, dengan ikhlas Pemimpin kita mengakui bahawa TUN MUSTAPHA sebagai pengasas USNO telah rela membubarkan USNO dan memberikan laluan kepada UMNO untuk mengisi tempatnya.

Namun inilah yang terjadi :-

“ kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari “

Tun Mustapha sendiri mengakui kesilapannya, Beliau telah mengambil keputusan untuk balik kepada Perjuangan Rakyat Sabah dengan membantu dan menyertai perjuangkan rakyat Sabah melalui Parti PBS bersama mesyarakat KADAZANDUSUN, Keikhlasan Tun Mustapha terhadap bangsa Sabah , menerima Datuk Pairin Kitingan sebagai Pemimpin untuk memperjuangkan rakyat Sabah walaupun akhirnya Kuasa Bangsa Sabah yang dipegang oleh Datuk Pairin itu dirampas secara teknikal dan Undemokratik oleh Sakaran Dandai bersama anak saudaranya Shafie Afdal melalui parti UMNO.

Kita semua tahu bahawa jatuhnya Parti Bangsa Sabah PBS ketangan UMNO Sabah adalah dengan cara kotor dan tidak beretika melalui proses Demokrasi dan menggunakan operasi serta teori “ Mechiovillie “ bagi menghancurkan Demokrasi Sabah serta perjuangan suci PBS.
Tun Mustapha juga telah menunjukan keiklasannya kepada mesyarakat Cina Sabah apabila bersedia menerima Datuk Peter Lo sebagai Pemimpin dan Ketua Menteri Sabah diawal kemerdekaan dahulu.

Tun Mustapha seorang Negarawan ,seorang Pahlawan, Seorang Pimimpin yang ikhlas terhadap bangsanya, mengakui kesilapanya, dia tidak pernah mengenepikan kepentingan Bangsa Sabah apabila berhadapan dengan kepentingan Rakyat Sabah.

Adakah kita menyalahkan Tun Mustapha terhadap yang berlaku pada USNO, tidak boleh ke kita memaafkannya atas kesilapan ini, tepuk dadah Tanya selera , Tun Mustapha telah memberi ertunjuk kepada kita.

Apakah kita terus menerima tohmahan badut badut UMNO, apabila mereka mengapi-apikan bangsa Sabah sesama sendiri, memperlekehkan Tun Mustapha sebagai Pemimpin yang membuka jalan kepada UMNO untuk masuk ke Sabah, tanpa memikirkan bahawa pemimpin agung ini telah menunjukan keiklasanya terhadap kita bahawa beliau telah tersilap membenarkan UMNO masuk ke Sabah dan sebelum wafatnya, beliau telah balik untuk berjuang bersama rakyat Sabah melalui Parti Bangsa Sabah PBS.

Apakah kita terus menerima kata kata badut badut UMNO bahawa , orang USNO tidak boleh berjuang bersama PKR dan Anwar Ibrahim kerana Anwarlah yang menyingkirkan Tun Mustapha, Wal hal Presiden UMNO pada masa itu bukanlah Anwar Ibrahim tetapi Mahathir Muhammad.

Atas kesedaran ini Ex-USNO dan pejuang pejuang USNO yang dipinggirkan, yang disingkirkan dan yang tidak diperlukan oleh UMNO marilah kita sama sama mengikut jejak langka Allahyarham TUN MUSTAPHA untuk membetulkan semua kesilapan ini. Janganlah benarkan lagi diri kita diperlaga-lagakan sesama kita, jangan benar perbezaan agama, perbezaan kesukuan menyebabkan kita terus berpecah untuk memperjuangkan BANGSA SABAH seperti mana UMNO memperjuangkan Bangsa Melayu.

Tun Mustapha adalah contoh pemimpin agong bagi kita rakyat Sabah , apabila beliau boleh mengakui kesilapannya member laluan kepada UMNO dan membetulkannya , Apabila beliau boleh menerima pimpinan suku Kadazandusun dan suku Tiongha sebagai pemimpinnya, Apabila beliau boleh meniggalkan UMNO sebelum wafat dan membuka mata Generasi mudah Sabah supaya terus bersatu dalam wadah perjuangan Bangsa Sabah.

Pada hari ini, saat ini, ketika ini, USNO telah ditolak pendaftarannya maka PAKATAN RAKYAT ( PKR, PAS dan DAP ) yang memerlukan kita untuk berjuang haruslah kita lihat sebagai satu perjuangan yang boleh membawah kita kearah masa depan yang cerah, USNO yang telah tersilap membawa dan memberi laluan kepada UMNO tiada salahnya untuk membawah PAKATAN RAKYAT pula bagi membetulkan kesilapan ini.

Ingatlah jangan akhiri perjuangan ini selagi USNO sebagai parti kemerdekaan Sabah tidak dikembalikan kepada kita bagi memastikan konsep “ Sharing Power “ dikembalikan semula kepada rakyat sabah.

Bagi mengariskan perjuangan Rakyat Sabah, kita seharusnya memperlihatkan bantahan kita dari pelbagai sudut, mohon semua mereka yang memiliki blog serta email memanjangkan kenyataan ini diblog tuan dan puan , bagi mereka yang tidak memilik blog sendiri cukup dengan sekadar mremanjangkan kenyataan ini melalui email masing masing atau dalam facebook,twitter ,tagged,Friendster dan lain laman web anda.

Sebagai Rakyat Malaysia yang berada di sabah , dengan meletakan kenyataan ini dalam blog tuan tuan dan puan puan masing masing, bererti kita sayang kepada negeri ini dan bertanggujawab kepada Negeri kita serta ingin melihat anak cucuk kita memiliki perjuangan dan arah tuju sendiri.

Emaillah kepada semua rakan rakan anda dengan 10 rakan setiap seorang sebagai tanda sokongan anda rakyat Sabah yang ingin memperjuangkan Haknya.

Sekian dan Terima kasih.

KELULUSAN PARTI BARU MAKKAL SAKTHI MENYAKITKAN HATI ex-USNO SABAH

September 26, 2009


Dengan Bangganya Presiden Makkal Sakti Parti Baru Memperlihatkan SIJILnya.

Kelulusan Parti Baru Makkal Sakthi oleh R.O.S baru baru ini dipersoalkan oleh EX-USNO Sabah yang telah di tolak pendaftaranya oleh pihak R.O.S tanpa alasan. Kami amat kesal memang sah ada ” DOUBLE STANDARD ” untuk melayan rakyat di Negara ini khasnya RAKYAT SABAH.

Rakyak di dahulu dan Prestasi diutamakan itu lah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Pendana Menteri kita.

Amat menyedihkan sekali perkara sebegini berlaku…

Rakyat Bumiputera Sabah berjuang untuk mendaftarkan NGOnya EX-USNO bagi membelah rakyat dapat dibela melalui lunas Undang Undang dan Peraturan.

kami telah telah bertungkus lumus selama 2 tahun untuk mendapat hak kami , Namun Makkal Sakthi Parti Baru yang di daftar dalam masa 2 bulan boleh diluluskan oleh pendaftar Pertubuhan tanpa masalah.

Perkara ini hanya menyebabkan Rakyat Sabah seolah-olah dilayan sebagai kelas 2 dalam Negara yang mengamalkan sistem DEMOKRASI.

Selaku Setiausaha Agung Ex-USNO saya memberi ingatan awal kepada pihak R.O.S dan Kerajaan supaya sensitif terhadap rakyat Negara khasnya Rakyat Sabah supaya dapat menangi isu EX-USNO ini secara adil dan saksama.

Kami dari EX-USNO tidak ingin bertindak seperti HINDRAF untuk mendapat HAK KAMI kerana kami percaya saluran dan peraturan yang sedia ada boleh menyelesaikan semua permasalahan rakyat dalam negara ini.

Ahli Ahli EX-USNO di minta bertenang menghadapi KETIADILAN ini, Insyallah kami akan membuat KEPUTUSAN yang terbaik untuk anda semua KHASnya penyokong penyokong USNO.

Sekian.

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
S.U.A Ex-USNO.

PENGUMUMAN KELAB USNO

September 8, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

August 30, 2009

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,
31hb. ogos 1963 adalah tarikh kemerdekaan Negeri Sabah dari Penjajahan British North Borneo, 46 tahun tahun yang lalu Negeri Sabah telah merdeka secara mutlak dari Kerajaan British, Namum 16hari selepas itu North Borneo atau Negeri Sabah telah menyertai penggabungan dan Pembentukan Malaysia.
Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun sebagai salah seorang akitek kemerdekaan Negara kita telah berjaya memimpin Rakyat Sabah supaya sama sama menyertai 3 Gabungan Pembentukan Negara Malaysia ( Sabah,Serawak dan Malaya ) dengan andaian Singapore termasuk dalam wilayah Malaya.
Alhamdulillah, sejarah yang kita conteng ini akan terus kukuh menjadi satu gabungan yang Bernama Negara Malaysia.
Jesteru itu sebagai anak Warga Malaysia saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA.
52 Tahun Malaya
46 Tahun Malaysia….
Sebagai seorang Bekas Ahli kepada Parti Perjuangan KEMERDEKAAN SABAH iaitu Parti USNO adalah menjadi tanggungjawab saya dan semua Rakyat Malaysia untuk terus mengisi kemerdekaan ini agar kekal utuh untuk selamanya.
Hidup Malaysia dan Salam Ramadan.
Sekian
Dari :
Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Setiausaha Agung Ex-Usno.

UCAPAN TAHZIAH KELUARGA DATUK SALIM BACHO KEPADA MANTAN NAIB PRESIDEN USNO SABAH

June 24, 2009
PEMBETULAN KESILAPAN TARIKH PEMERGIAN ALLAHYARHAM
( Tarikh Sebenar adalah seperti Dibawah )

Bagi Pihak Bekas Ahli USNO Sabah kami mengucapkan Tahziah diatas kepulangan Allahyarham DATUK SALIM BIN BACHO Ke Rahmatullah Pada 18hb. Jun 2009 ( Jam 1 Subuh ) semoga roh Allahyarham bersama sama orang yang beramal soleh.

Jasamu tetap Dikenang oleh Bekas ahli ahli UNSO sebagai perjuang Bangsa Agama dan Negara.

Abdullah sani Hj. Abdul Salleh
Setiausaha Agong Ex-USNO

LAWATAN TIDAK RASMI S.U.A EX – USNO KE TAWAU SABAH PADA 19HB. MEI 2009

April 17, 2009
Dalam satu lawatan tidak rasmi ke Tawau Sabah baru baru ini, saya sempat mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin akar umbi bekas USNO bagi membincangkan masa depan pertubuhan yang telah di tolak pendaftarannya ini oleh Pendaftar Pertubuhan ini.
Akar Umbi juga mempersoalkan mengapa PERTUBUHAN BEKAS USNO tidak boleh didaftarkan sedangkan banyak Parti Parti Politik dan Pertubuhan yang telah banyak diluluskan di MALAYSIA BARAT dengan senangnya bebanding Pendaftaran PERTUBUHAN Politik dan NGO di MALAYSIA TIMUR .Pihak Kami memaklumkan PENOLAKAN TANPA SEBAB atau ALASAN memang amat sukar diterima oleh EX-USNO, walaupun kita melihat bahawa USNO Sabah adalah PARTI KEMERDEKAAN Negeri ini dan mempunyai ‘sentimentle Value’ bagi Rakyat Sabah.
Dalam perbincangan ini bekas ahli ahli usno akar umbi Tawau telah mencadangkan supaya Parti Politik baru hendaklah ditubuhkan bagi membelah masa depan mereka atau menyerap masuk ke Parti Parti Politik yang sedia ada bagi meneruskan perjuangan.
Walaubagaimanapun pihak saya memaklumkan supaya semua ahli USNO bersabar sehinggalah satu pengistiharan rasmi dibuat oleh Barisan Kepimpinan Penaja pada masa akan datang.
Perjumpaan tidak rasmi ini cukup membayangkan betapa Ahli bekas USNO tidak akan berganjak dan terus berjuang untuk masa depan rakyat Sabah.

PENDAFTARAN PERTUBUHAN BEKAS AHLI AHLI USNO SABAH – ( EX USNO )

March 7, 2009
Setelah sekian lama kita berjuang untuk menghidupkan semula USNO ( Parti Kemerdekaan Sabah ) melalui landasan NGO.. Mendaftarkannya secara rasmi dan mengemaskinikan semua dokumentasi yang sewajarnya, Mengadakan Perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri ( Dato Radzi )dan seterusnya Perbincangan dengan pihak pendaftar Pertubuhan di Kuala Lumpur baik Ketua Pengarahnya ( Datuk Elias – Putrajaya ), Bahagian Dasar Pendaftar Pertubuhan dan lain Pengawai terlibat baik di Putraja atau Di Kota Kinabalu Sabah.

Segala usaha dan ikhtihar telah dilakukan oleh pihak urusetia saya sendiri bersama Timbalan saya ( Datu Zainuddin Datuk Aliuddin )dengan arahan dan restu Presiden Ex-USNO ( Datu Badaruddin Bin Tun Datuk Haji Mustapha )telah berulang-alih ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan KELULUSAN PENDAFTARAN Sebuah badan NGO bagi bekas Ahli Ahli USNO Sabah.

Pihak urusetia EX-USNO juga telah mengadakan Perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia ( Di Putrajaya Kuala Lumpur – 4.6.2006 ) bagi maksud ini dan seterusnya telah memaklumkan ketua Menteri Sabah ( Datuk Musa Hj. Aman Di Kediaman Rasmi Ketua Menteri – SRI GAYA ) bagi mendaftarkan semula Perjuangan Bekas Ahli Ahli USNO.

Namum Usaha kita sehingga hari ini saya akui masih tidak berjaya.

Saya amat faham rakyat Sabah khasnya bekas Ahli Ahli USNO memberikan harapan tinggi kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab ini, dan mereka amat berharap supaya satu wadah Perjuangan Rakyat dan Bekas USNO dapat diteruskan melalui NGO.

Tetapi apa akan jadi jika kita tidak mendapat kelulusan untuk meneruskan Perjuangan EX-USNO ini dalam bentuk NGO.?

Kami Ex-USNO dibawah Pimpinan Anak Beas Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun Dalam sedikit masa lagi akan membuat PENGUMUMAN RASMI mengenai perkara ini, Harap semua EX-USNO yang berada di Kuala Lumpur dan Sabah juga di luar negeri supaya bersabar…

Terima Kasih

Setiausaha Agung Penaja EX-USNO

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh.

MESYUARAT EX-USNO 10HB.08.2008

August 12, 2008